Petua ini digunakan untuk mengubati hidung tersumbat.
Sediakan
1. Sebuku kunyit hidup (sebesar 1 inci atau lebih besar, elok pilih yang segar dan lebih tua)
2. Sebatang lidi pencucuk sate.
3. Lilin
4. Mancis
Cara-caranya;
Cucuk kunyit menggunakan lidi pencucuk sate dan tusuk kunyit tersebut dibahagian hujung. Nyalakan lilin dan bakar kunyit tersebut. Bakar sehingga keluar bau.
Hidu kunyit bakar tersebut dengan mengulanginya sebanyak 7 kali disertakan selawat ke atas nabi.
Insyaallah mujarab.
Tuesday, November 9, 2010
Friday, October 29, 2010
Petua Penawar Resdung
Semasa kita mengambil wuduk, sebelum membasuh muka, amalkan menyedut air ke dalam hidung. Jangan sedut banyak-banyak nanti tersedak. Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah 3 kali sehingga selesai kedua-duanya.
Petua ini boleh dilakukan bukan semasa berwuduk sahaja tetapi boleh dilakukan pada bila-bila masa. Setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.Insyaallah berkesan.
p/s: yakin itu penting dalam melakukan sesuatu.
Petua untuk kencing tidak lawas
Air basuhan beras selalunya kita buang sahaja. Daripada dibuang begitu sahaja baik kita manafaatkannya. Air basuhan beras yang pertama boleh dibuat untuk menyiram tanam-tanaman seperti pokok bunga dan pokok sayur yang di tanam di sekeliling rumah.
Untuk kesihatan air basuhan beras boleh digunakan untuk merawat masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang kedua atau ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.
p/s: Kalau boleh biarlah air yang bertapis digunakan untuk membasuh beras dan memasak nasi. Penapis air pun dah murah sekarang. Air paip mengandungi klorin dan florin yang boleh menyebabkan penyakit dalam tempoh masa tertentu.
Petua Mengatasi Sembelit
Ambil bahagian batang dan rizom (ubi) temulawak yang muda. Bersihkan dan rebus ia sampai mendidih. Setelah mendidih, tapis air rebusan tadi ke dalam gelas. Minum semasa suam.
Amalkan meminumnya sebanyak dua hingga tiga kali sehari. Ini adalah amalan tradisional, mungkin kesannya akan nampak dalam masa waktu yang agak panjang.
Thursday, October 28, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)