1. Lulur Badan Semulajadi. Hampas kelapa (sisa selepas memerah santan) jangan dibuang begitu sahaja. Masih ada lagi gunanya. Anda boleh menggunakan sebagai lulur (scrub). Tanpa campur bahan-bahan lain, scrub terus ke seluruh tubuh secara perlahan dan merata. Biarkan beberapa minit kemudian bilas dengan air. Gosok sepertimana anda memakai lulur.Amalkan seminggu sekali insyaallah menjadi penyelesaian kepada masalah kulit kering.
2. Santan Kelapa bagi yang bermasalah rambut. Caranya adalah, ambil pati santan dan lumurkan di atas kepala. Balut dengan tuala/kain bersih. Sebaiknya biarkan pati santan itu semalam di atas kepala. Amalkan petua ini seminggu sekali. Selain elok untuk mengatasi masalah rambut gugur ia juga amat sesuai untuk melebat dan menghitamkan rambut.
Wednesday, July 27, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Daun Bunga Raya - Rawatan Demam
Bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu juga kembang sepatu (nama saintifiknya: Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Daun dan bunga raya mengandungi lendir, yang mana ianya mujarab untuk menyejukkan badan.
Petua yang menggunakan untuk merawat demam (panas atau biasa).
Lendir daun bunga raya juga boleh digunakan untuk mengatasi rambut gugur dengan cara melumurkan lendir pada rambut.
Subscribe to:
Posts (Atom)