1. Lulur Badan Semulajadi. Hampas kelapa (sisa selepas memerah santan) jangan dibuang begitu sahaja. Masih ada lagi gunanya. Anda boleh menggunakan sebagai lulur (scrub). Tanpa campur bahan-bahan lain, scrub terus ke seluruh tubuh secara perlahan dan merata. Biarkan beberapa minit kemudian bilas dengan air. Gosok sepertimana anda memakai lulur.Amalkan seminggu sekali insyaallah menjadi penyelesaian kepada masalah kulit kering.
2. Santan Kelapa bagi yang bermasalah rambut. Caranya adalah, ambil pati santan dan lumurkan di atas kepala. Balut dengan tuala/kain bersih. Sebaiknya biarkan pati santan itu semalam di atas kepala. Amalkan petua ini seminggu sekali. Selain elok untuk mengatasi masalah rambut gugur ia juga amat sesuai untuk melebat dan menghitamkan rambut.